UPM Institutional Repository

Tahap Penguasaan Penulisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Orang Asli Di Daerah Hulu Langat, Malaysia.


Citation

Mohd Nordin, Nazirah (2010) Tahap Penguasaan Penulisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Orang Asli Di Daerah Hulu Langat, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tahap Penguasaan Penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli didapati masih pada tahap rendah dan lemah. Dapatan ini, berdasarkan data-data yang diperoleh daripada keputusan-keputusan peperiksaan awam dan dalaman yang diduduki oleh murid-murid Orang Asli ini. Justeru kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu dari aspek penulisan. Data-data yang diperoleh, dianalisis secara terperinci bagi mencari punca dan sebab-sebab berlakunya kelemahan penguasaan penulisan bahasa Melayu ini. Berdasarkan kajian ini juga penyelidik berusaha untuk memaparkan cadangan bagi meningkatkan tahap penguasaan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Kajian berbentuk lapangan ini menggunakan 83 orang murid Orang Asli yang dipilih daripada empat buah sekolah di daerah Hulu Langat. Data kajian ini dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesilapan yang dipelopori oleh Pit Corder. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli ini masih lemah dan rendah. Penguasaan yang rendah dan lemah ini bukan hanya disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka tetapi juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti penguasaan kosa kata yang rendah, tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, tiada galakan daripada keluarga, amalan adat resam dan budaya kaum yang kuat serta latar belakang dan sosioekonomi keluarga yang rendah. Bagi meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan serta meningkatkan tahap penguasaan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli adalah melalui latih tubi, bacaan tambahan, dan sebagainya. Aktiviti kebahasaan juga perlu digalakkan dalam masyarakat Orang Asli, khasnya para ibu bapa murid-murid ini. Mereka juga perlu diberi kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan, khasnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan di negara ini.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2010_27_F.pdf

Download (753kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Malay language - Study and teaching (Primary) - Hulu Langat.
Subject: Malay language - Study and teaching (Primary) - Hulu Langat - Case studies.
Subject: Malay language - Writing - Study and teaching.
Call Number: FBMK 2010 27
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 09 May 2013 08:29
Last Modified: 27 May 2013 08:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19401
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item