UPM Institutional Repository

UPM akan ubah nama


Citation

Berita Harian UPM akan ubah nama. (16 January 1995), (Call Number: L 1995 2)

Abstract

KUALA LUMPUR, Ahad - Universiti Pertanian Malaysia (UPM) akan mengubah namanya sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan pesat di bidang akademik, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UPM, Prof Dr Rahim Md Sail. Beliau berkata sejak ditubuhkan pada 1971 universiti itu kini mempunyai 28 kursus mencakupi pelbagai kursus dan disiplin ilmu, tetapi ha-nya tujuh berkaitan bidang pertanian. Menurutnya, 21 kursus lagi yang ditawarkan tidak ada kaitan sama sekali dengan bidang pertanian seperti Kejuruteraan Elektrik, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pendidian Jasmani dan Pengajaran. Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). "Cadangan mengenai penukaran nama UPM itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan dan pada prinsipnya sudah ada persetujuan dicapai, kecuali belum ada nama yang sesual dipilih. "Kita serahkan perkara ini kepada kerajaan untuk membuat keputusan muktamad," katanya kepada Berita Harian, selepas menutup pertandingan pidato kebangsaan merebut Piala Naib Canselor UPM, di sini hari ini. Dalam pertandingan itu, pelajar tahun pertama Sains Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Asrul Zakaria mendapat tem-pat pertama; Noor Haida Shuhaili (Universiti Kebangsaan Malaysia) tempat kedua; manakala faisal Ibrahim (Universiti Islam Antarabangsa) mendapat tempat ketiga. Di peringkat sekolah menengah seluruh Selangor pula, Azizur Rahman Bashir dari Sekolah Menengah Alam Shah memenangi tempat pertama; Hamzah Hashim (juga dari Sekolah Alam Shah) di tempat kedua; manakala Mohd Haqqi(Kolej Islam Sultan Alam Shah) menduduki tempat ketiga. Dr Rahim berkata, walaupun penubuhan UPM berasaskan kursus sains pertanian, perkembangan kursus akademiknya yang cukup dinamik menjadi alasan kukuh untuk membolehkan perubahan nama itu dibuat. UPM berasal dari Sekolah Pertanian yang di-tubuhkan pada 1931 dan kemudian dinaik taraf kepada Kolej Pertanian Malaya sebelum mendapat taraf universiti penuh pada 1971.


Download File

[img] Text
UPM Akan Ubah Nama.pdf

Download (498kB)

Additional Metadata

Item Type: Newspaper
Subject: Universiti Putra Malaysia
Subject: Universiti Pertanian Malaysia
Depositing User: Amir Hafizan Md Samuri
Date Deposited: 31 Mar 2010 08:08
Last Modified: 03 Oct 2024 11:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/1921
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item