Citation
Berita Harian
UPM jadi Universiti Putra Malaysia.
(4 April 1997), (Call Number: L 1997 3)
Abstract
CANGGIH ... Dr Mahathir diberi penerangan mengenai kecanggihan teknologi oleh Pengarah Cyber Creative Lab, University Business Centre, UPM, Prof Madya Makhazir Mardan (kanan sekali). Universiti Pertanian Malaysia yang bertukar menjadi Universiti Putra Malaysia mulai hari ini, diasaskan seorang pentadbir Inggeris sebagai Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Terletak di kawasan seluas 0.8 hektar di Serdang, ia ditubuhkan oleh Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat, John Scott, dengan menawarkan dua jenis kursus diploma selama tiga tahun dan kursus sijil selama dua tahun. Sekolah itu kemudiannya diisytiharkan Kolej Pertanian pada 23 Jun 1942 oleh Gabenor Malayan Union Sir Edward Gent. Perdana Menteri semalam mengumumkan penukaran nama UPM selaras dengan peranannya yang lebih penting dalam penyelidikan dan pembangunan di bidang sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan multimedia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |