Citation
Ab. Halim, Adlina
(2007)
Pengetahuan mahasiswa UPM terhadap prinsip Islam Hadhari: satu pengamatan awal.
In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial Teras Pembangunan Modal, 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (pp. 43-54).
Abstract
Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 23 September 2004 dan terdapat sepuluh prinsip utama yang telah diketengahkan. Islam Hadhari adalah pendekatan baru yang ingin dibawai oleh kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang. Berdasarkan sepuluh prinsip ini, sejauh manakah ianya telah difahami oleh generasi muda Malaysia khususnya dari kalangan mahasiswa universiti? Dua tahun telah berlalu sejak ianya diperkenalkan dan adakah pendekatan ini:telah memberikan kesan positif kepada mereka untuk menghayati Islam dengan lebih sempurna atau sekadar konsep yang tidak dipraktikkan? Justeru, kertas ini bertujuan mengukur tahap kefahaman mahasiswa UPM terhadap pendekatan Islam Hadhari melalui metod survei dengan menggunakan alat instrumen yang alphanya adalah .917 - .950. Kajian yang menggunakan satu ribu pelajar sebagai responden kajian telah mengenal pasti beberapa variable dan faktor Islam hadhari yang memberi kesan terhadap pengetahuan mahasiswa tentang prinsip ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |