UPM Institutional Repository

Kesan perubahan sosial terhadap orientasi tingkah laku individu dan tindak balas subsistem integrasi.


Citation

Ayudin, Ahmad Rafaai and Zainal Abiddin, Norhasni (2007) Kesan perubahan sosial terhadap orientasi tingkah laku individu dan tindak balas subsistem integrasi. In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial Teras Pembangunan Modal, 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (pp. 338-350). (Unpublished)

Abstract

Perubahan zaman mempengaruhi pola fikir, sikap, tindakan dan nilai-nilai yang dihayati masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku dalam dan terhadap masyarakat akan turut tempias dalam tingkah laku individu baik secara langsung ataupun tidak langsung. Maka, kertas kerja ini menyingkap kesan perubahan sosial terhadap orientasi tingkah laku individu dalam persekitaran bebas dan di luar kawalan, sehingga banyak gejala-gejala tingkah laku dapat diamati dan direkodkan. Untuk itu kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung terhadap orientasi tingkah laku individu sama ada berimpak negatif atau positif serta melihat sejauh mana masyarakat menerapkan peraturan dan kawalan sosial terhadap gejala-gejala tingkah laku yang terjadi. Pemerhatian dilakukan di empat lokasi utama iaitu Kompleks Membeli Belah, Hentian Puduraya, Pasar Malam dan Kafe Internet. Di samping itu temu bualjuga dilakukan bagi mendapalkan maklumat berkenaan dengan kawalan sosial dan peraturan sosial terhadap orientasi tingkah laku. Hasil kajian mendapati, masyarakat sukar menggunakan langkah peraturan sosial dan kawalan yang berkesan untuk menghalang tingkah laku yang mencemaskan. Institusi formal (sekolah/ universiti) dan institusi in-formal (keluarga) masih merupakan subsistem perubahan dan penyesuaian yang paling berpengaruh terhadap pembentukan identiti remaja dan corak perilaku mereka.


Download File

[img] PDF
ID 18720.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Social interaction in adolescence - Malaysia.
Subject: Social problems - Malaysia.
Subject: Malaysia - Social conditions.
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Masyarakat; Orientasi tingkah laku; Perubahan sosial; Subsistem integrasi; Tindak balas.
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 01 Mar 2012 00:57
Last Modified: 07 Nov 2013 06:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18720
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item