Citation
Muhamad, Muhd Fauzi
(2007)
Jenayah dan keganasan: cara mengatasinya mengikut
perspektif Islam.
In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial Teras Pembangunan Modal Insan, 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (pp. 165-173).
(Unpublished)
Abstract
Jenayah dilakukan oleh manusia, manakala keganasan dilakukan oleh haiwan, bererti jika manusia melakukan
keganasan bererti perbuatan itu di luar tabiat manusia. Setiap jenayah yang dilakukan perlu dikenakan hukuman
yang sewajarnya untuk memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi lagi dan juga kepada orang lain,
sama ada jenayah hudud atau qisas atau ta'zir. Jenayah hudud dan qisas telah ditentukan oleh Allah S.W.T. jenis
dan hukumannya, cuma terdapat sedikit perbezaan antara kedua-duanya. Hudud tiada sesiapa pun yang berhak
memaafkan penjenayah jika telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa kerana hudud adalah hak Allah dan hak
masyarakat. Manakala jenayah qisas pula, Islam telah memberi hak kepada mangsa atau warisnya jika melibatkan
nyawa menuntut balas atau memaafkan penjenayah sama ada dengan ganti rugi atau sebaliknya kerana qisas
adalah hak mangsa. Jenayah ta'sir ialah jenayah yang tidak disebut oleh Allah S.W.T. jenis dan hukumannya,
hanya terpulang kepada masyarakat menentukan. Jenayah hudud melibatkan agama (murtad), akal (arak), harta
(mencuri dan merompak), keturunan (zina) dan maruwah (tuduh zina). Jenayah qisas; melibatkan nyawa atau
kecacatan atau kecederaan. Jenayah Ta'zir; melibatkan hak masyarakat umum seperti menipu, maki hamun, pecah
amanah dan sebagainya, termasuk juga sebarang jenayah hudud atau qisas yang tidak dapat dilaksanakan
hukumannya sama ada tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan atau hukuman tersebut tidak memberi kesan
kepada penjenayah ataupun hukuman qisas yang dimaafkan oleh mangsa. Hukuman terhadap penjenayah tersebut
adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan jika telah disabitkan kesalahannya dan diputuskan oleh pihak
berkuasa. Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan pelbagai syarat yang ketat untuk menentukan sesuatu
jenayah yang perlu kepada hukuman, antaranya; ialah syarat kepada penjenayah, mereka yang menjadi mangsa,
suasana berlaku jenayah, syarat-syarat khusus kepada saksi dan juga mereka yang membuat pengakuan, kerana
sesuatu jenayah hanya boleh disabitkan dengan saksi atau pengakuan penjenayah sendiri. Tujuan pelaksanaan
hukuman ini adalah untuk kepentingan manusia itu seudiri, kerana manusia makhluk istimewa sebagai khalifah di
muka bumi bertanggungjawab memakmurkan dunia diberikan pelbagai keistimewaan, akal, nafsu dan seluruh
makhluk di bawah pentadbiran manusia, di samping itu, manusia juga dibekalkan dengan pelbagai peraturan
untuk dilaksanakan, bererti jika manusia tidak melaksanakan peraturan tersebut manusia perlu dibalaskan dengan
hukuman sama atau di dunia atau akhirat.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |