Citation
Othman, Razali and Abdul Ghani, Rohayu
(2007)
Penggunaan institusi wakaf sebagai mekanisme untuk
mambasmi masalah kemiskinan.
In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial Teras Pembangunan Modal Insan , 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (pp. 101-113).
(Unpublished)
Abstract
Kemiskinan merupakan masalah yang sangat kompleks dan bersifat pelbagai dimensi. Ia bukan sahaja melibatkan
kekurangan dalam keperluan hidup seharian tetapi juga turut menafikan hak individu atau masyarakat untuk mendapatkan sumber-sumber asas dan sistem sokongan demi mencapai keharmonian hidup. Kemiskinan juga seriug dikaitkan dengan ketiadaan akses untuk mendapatkan kemudahan asas, ilmu pengetahuan dan penjagaan kesihatan yang sempurna. Malah, kekurangan satu daripada tiga elemen ini juga akan cenderung membawa seseorang individu ke dalam kancah kemiskinan. Untuk tujuan itu, institusi wakaf yang berakar umbi daripada sistem perundangan Islam sejak lebih daripada seribu empat ratus tahun yang lalu akan diketengahkan sebagai satu mekanisme sumber pembiayaan dalam membasmi kemiskinan. Artikel ini akan membincangkan konsep,
masalah dan senario kemiskinan semasa. Seterusnya, konsep, peranan dan aplikasi institusi wakaf akan dijelaskan khususnya untuk meningkatkan pilihan individu dalam aspek kemudahan asas, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Kedudukan institusi wakaf di zaman keagungan Islam dan amalannya di dunia Barat akan tnrut dibincangkan sebagai pemangkin dalam usaha membantu membasmi kemiskinan dan sekaligus, meningkatkan pembangunan sosioekonomi individu dan masyakarat terutamanya di kalangan negara-negara
Islam dan bukan Islam umumnya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |