UPM Institutional Repository

Ketakharmonian mod akustik di dalam vitrius tellurite.


Citation

Ab. Aziz, Sidek (1989) Ketakharmonian mod akustik di dalam vitrius tellurite. In: Seminar Tahunan ke-VI (Kumpulan Fizik Keadaan Pepejal), 18 Ogos 1989, Universiti Malaya. (pp. 1-10).

Abstract

Kebersandaran suhu terhadap pemalar elastik tahap ketiga bagi vitrius Te02 telah ditentukan buat pertama kalinya di antara suhu 25°C ke 85°C, menerusi pengukuran halaju gelombang ultrasonik di bawah pengaruh tekanan hidrostatik dan tekanan sepaksi. Hasil kajian dapat menerangkan secara lengkap bagaimana getaran takharmonik bagi mod akustik berjarak gelombang panjang bergantung kepada suhu. Untuk pemeriksaan lanjut kesan ketakharmonian mod-mod ini, pemalar elastik tahap kedua telah diukur sehingga ke suhu 4.2K. Diperolehi suatu kebersandaran linear bagi pemalar elastik C11 dan C44 pada julat suhu 80K dan 358K, yang mana ini bersesuaian dengan sumbangan takharmonik yang menyebabkan kebergantungan suhu terhadap pemalar elastik berlaku secara normal. Pada suhu yang rendah di bawah 80K, didapati pemalar elastik C11 dan C44 terus meningkat di mana sifat dan magnitudnya bersesuaian akibat sumbangan dari tindakabalas relaksasi dengan sistem 2 paras kepada kandungan elastik vitrius Te02 yang mana fenomena ini sering dijumpai dalam pelbagai jenis kaca yang lain.


Download File

[img] PDF
ID 18679.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (256kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Ultrasonic waves.
Divisions: Faculty of Science
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 30 Jul 2012 04:02
Last Modified: 20 Nov 2014 00:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18679
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item