Citation
Ibrahim, Abdul Rahim and Samo, Khalid and Shahardin, Zainal Ashirin
(1987)
Kajian kes viabiliti bubu untuk laut jauh.
In: Seminar Penangkapan Ikan Laut Jauh, 14 Okt. 1987, Hotel Perdana, Kota Baharu, Kelantan. .
Abstract
Bubu adalah merupakan satu alat yang boleh diusahakan di laut jauh,
di dalam Zon Ekonomi Eksklusif. la dipilih berdasarkan beberapa ciri kebaikannya
yang tidak merosakkan sumber dan akan berterusan selama-lamanya.
Bot nelayan bubu sekarang adalah kecil dengan kebanyakannya mempunyai enjin kira-kira di antara 37 hingga 60 kuasa kuda sahaja. Ianya
boleh ditingkatkan kepada bot yang lebih besar sedikit dengan enjin kira-kira
120 Kuasa Kuda. Ini akan lebih laju, lasak dan berkesan lagi dan
keadaan ini dijangka akan memudahkan nelayan pada masa akan datang. Keuntungan
bersih untuk bot-bot sekarang dikira kuranglebih $49,610
setahun dengan pendapatan bersih kepada tuanpunya, taikong dan awak-awak
sebanyak masing-masing $2,756, $620 dan $344.50 sebulan. Sekiranya
bot-bot yang lebih besar digunakan iaitu panjang 20 meter, lebar 5
meter dan dalamnya 3 meter dengan enjin diantara 100 - 120 Kuasa
Kuda, keuntungan bersih tahunan akan bertambah kepada $73,105 dengan
pendapatan, tuanpunya, taikong dan awak-awak masing-masing sebanyak $3,655,
$914 dan $508 sebulan. Ini merupakan penambahan pendapatan bersih sebanyak
47.5% kepada nelayan dan 32.6% kepada tuanpunya. Untuk mendapat
keuntungan yang lebih dan untuk mendapat kembali modal yang dilaburkan
dengan cepat, bot-bot tersebut hendaklah menggunakan alat-alat tradisional
lain bersama-sama bot itu seperti pancing, pukat hanyut atau rawai.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |