Citation
Kachar, Kamarudin
(1987)
Peranan Bahagian Hal Ehwal Pelajar terhadap sistem penasihatan akademik.
In: Seminar Sistem Penasihat Akademik UPM, 30 Mac 1987, Universiti Pertanian Malaysia. .
Abstract
Pada hari ini seramai 42,600 orang pelajar sedang menuntut
dalam enam buah universiti di negara ini. Bilangan ini adalah satu
angka yang kasar dan daripada jumlah 42,600 seramai 7,457 orang belajar
di Universiti Pertanian Malaysia.
Oleh kerana pelajar adalah tumpuan utama yang perlu diberi
perhatian dalam proses pendidikan universiti maka Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya menguasai segala urusan hal
ehwal pelajar. Ini bererti Bahagian Hal Ehwal Pelajar perlu merancang
dan melaksanakan beberapa aktiviti untuk perkembangan personaliti
pelajar keseluruhannya termasuklah perkembangan mental; fizikal, sosial,
moral estetika dan kerohaniannya. Perkembangan mental adalah juga
merangkumi kemajuan akademiknya. Dengan yang demikian sistem penasihatan
akademik adalah salah satu daripada beberapa sistem dalam urusan hal
ehwal pelajar untuk mencapai hasrat kecemerlangan dan kesempurnaan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |