UPM Institutional Repository

Tuanku Canselor Mahu Graduan UPM Jadi Rebutan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Tuanku Canselor Mahu Graduan UPM Jadi Rebutan. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 15 Okt – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bercita-cita melihat graduan UPM menjadi rebutan pasaran disebabkan kualiti pembelajarannya. “Justeru, para pensyarah perlu mendidik graduan dengan dedikasi yang tinggi untuk memastikan kualiti graduan UPM memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” titah baginda pada hari pertama Majlis Konvokesyen UPM Ke-35 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Tuanku Canselor bertitah, untuk mencapai cita-cita itu UPM harus memfokuskan kepada kualiti pembelajaran dan pembangunan modal insan pelajar selain memantapkan penyelidikan yang membawa manfaat kepada masyarakat di sekeliling. Baginda mahu melihat UPM menjadi universiti terunggul dalam pendidikan dan penyelidikan bukan sahaja di negara ini malah mampu bersaing dengan universiti-universiti lain bertaraf dunia.


Download File

[img]
Preview
PDF
Tuanku_Canselor_Mahu_Graduan_UPM_Jadi_Rebutan.pdf

Download (150kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 30 Nov 2011 04:18
Last Modified: 27 May 2013 07:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18578
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item