UPM Institutional Repository

Manfaat ilmu untuk kebaikan masyarakat


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Manfaat ilmu untuk kebaikan masyarakat. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 17 Okt – Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Rozali Ismail menyeru semua graduan dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh di universiti untuk berkhidmat kepada masyarakat. Beliau berkata, graduan seharusnya menempatkan diri mereka di tempat yang strategik dan menjadi pemimpin yang sentiasa bersama masyarakat untuk membawa perubahan lebih baik. “Ini amat bertepatan dengan usaha yang dilaksanakan oleh pemimpin negara bagi melonjakkan pencapaian bangsa dan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. “Justeru, para graduan perlu sedar bahawa kehadiran anda di universiti serta kelebihan ilmu yang diperoleh bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi atas tanggungjawab dan amanah yang perlu dilunaskan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari ketiga Majlis Konvokesyen UPM ke-35 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.


Download File

[img]
Preview
PDF
Manfaat_ilmu_untuk_kebaikan_masyarakat.pdf

Download (96kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 30 Nov 2011 03:57
Last Modified: 27 May 2013 07:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18575
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item