UPM Institutional Repository

Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Dirasmikan – Miliki Hospital Termoden Asia Tenggara


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Dirasmikan – Miliki Hospital Termoden Asia Tenggara. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 1 NOV – Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar yang menempatkan Hospital Veterinar Universiti (UVH) Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu hospital veterinar baru yang pertama di Malaysia dan memiliki kemudahan moden tercanggih di Asia Tenggara dirasmikan hari ini. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar dalam ucapannya berkata hospital itu juga merupakan hospital pengajaran veterinar pertama di Malaysia dan dilengkapi dengan kemudahan mengikut piawaian veterinar antarabangsa. Katanya hospital itu merangkumi Unit Haiwan Besar, Unit Haiwan Kesayangan, surgeri, 12 makmal diagnosis, 7 dewan bedah, klinik bergerak, unit farmasi serta unit radiologi dan pengimejan. “Wad haiwan besar dan wad haiwan kesayangan, masing-masing boleh merawat 40 ekor dan 80 ekor haiwan dan berupaya merawat haiwan sebanyak 50 kes sehari. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan di hospital ini mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali klinik bergerak selama 24 jam. “Seramai 50 orang pakar runding, 22 pegawai veterinar dengan 60 staf sokongan pelbagai kategori berkhidmat di hospital ini yang telah memulakan operasi di kompleks baharu pada Januari lalu,” katanya mengenai hospital yang dibina dengan kos RM28 juta seluas 5,158 meter persegi.


Download File

[img]
Preview
PDF
Kompleks_Fakulti_Perubatan_Veterinar.pdf

Download (83kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 30 Nov 2011 03:46
Last Modified: 27 May 2013 07:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18573
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item