Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
Kolagen kulit ikan tilapia untuk kosmetik dan kesihatan.
[UPM News]
Abstract
MEMILIKI kulit wajah cantik dan bentuk badan yang menarik sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia terutamanya wanita. Ini kerana kecantikan akan memberikan lebih keyakinan kepada seseorang apatah lagi jika seorang itu berkerjaya.
Mereka yang berani, mempunyai wang dan inginkan hasil yang cepat akan mencuba kaedah yang lebih moden melalui pembedahan, suntikan dan sebagainya. Namun bagi yang mempercayai bahawa kecantikan segera itu lebih berisiko dan ingin mencuba cara yang lebih selamat akan mengamalkan pengambilan makanan atau minuman kesihatan.
Pada masa kini produk kesihatan yang mengandungi kolagen begitu popular bagi kecantikan kulit wajah dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Kolagen adalah sejenis protein untuk memelihara keremajaan serta keanjalan kulit. Namun sedarkah anda kebanyakan kolagen yang terdapat di pasaran kini dihasilkan daripada khinzir atau haiwan lain yang diragui status halalnya.
Bertolak daripada inisiatif untuk menghasilkan produk kolagen yang benar-benar diyakini halal, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) melakukan penyelidikan bagi menghasilkan bahan tersebut.
Download File
Preview |
|
PDF
Kolagen_kulit_ikan_tilapia_untuk_kosmetik_dan_kesihatan.pdf
Download (169kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |