Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
UPM Cipta Sistem Bioreaktor Tingkat Benih Orkid.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 23 Ogos – Sekumpulan penyelidik Univerisiti Putra Mapaysia (UPM) berjaya menghasilkan teknologi untuk meningkatkan pembungaan dan anak benih orkid melalui sistem bioreaktor.
Ketua Penyelidik Prof. Dr. Maziah Mahmood dari Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata sistem bioreaktor menggunakan tisu kultur itu mempercepatkan proses pembungaan untuk meningkatkan hasil anak benih orkid
“Transformasi genetik sistem ini membolehkan orkid tahan penyakit, mengeluarkan bunga sepanjang tahun kepelbagaian warna bunga, bunga yang tahan lama dan mengeluarkan bau. Selain itu teknologi ini menjimatkan kos pembajaan dan pengurusan pokok orkid,” katanya pada sidang media Putra Cipta UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Pejabat Pemasaran dan komunikasi (MarComm) UPM di sini.
Beliau berkata sehingga kini belum ada teknologi pembangunan orkid seperti itu di pasaran Malaysia kerana formula yang sedia ada berkaitan dengan pembajaan.
Prof. Dr. Maziah berkata teknologi bercirikan mesra alam itu memudahkan orkid membiak kerana sistem pengudaraan lebih banyak dan tidak memerlukan baja dan air.
“Kaedah ini sesuai untuk pekebun-pekebun kecil, pemilik tapak semaian dan peminat orkid. UPM masih mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan teknologi ini,” katanya.
Katanya penyelidikan selama 10 tahun itu yang pernah memenangi pingat emas di Pameran Rekabentuk, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) pada tahun 2011, 2010, 2008 dan 2007 telah melibatkan kos kira-kira RM500 ribu
Teknologi yang dalam proses pemfailan paten untuk bioteknologi itu turut dibantu oleh pelajar pasca graduan iaitu Nisha Nabir, Chong Haw Eong dan Zaliyatun Akhma Mat Yasin.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |