Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
Pelajar kolej 16 UPM tabur bakti kepada masyarakat.
[UPM News]
Abstract
LUMUT, 24 Ogos – Kolej 16, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM 2011) di Kampung Padang Tembak/Teluk Muruh, Lumut, Perak, baru-baru ini.
Pengetua Kolej 16, Dr. Paiman Bawon berkata, program bertemakan ‘Jauh Perjalanan, Sejuta Kenangan’ yang disertai oleh 48 pelajar itu bertujuan memberi peluang kepada mereka menyelami kehidupan seharian masyarakat di kawasan itu.
Selain itu menurut beliau, OPKIM 2011 juga bertujuan meningkatkan kemahiran insaniah terutama berkomunikasi, semangat kerja berkumpulan, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.
“Program ini merupakan kali ketiga selepas dianjurkan pada tahun 2008 di Kemaman, Terengganu dan 2009 di Panchor, Muar, Johor. Sepanjang lima hari program ini dijalankan pelajar dapat membina hubungan dengan keluarga angkat selain terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik,” katanya.
“Pada hari pertama, pelajar berpeluang melawat ke Kem Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut dan memperoleh banyak pengetahuan tentang peranan dan tugas pasukan beruniform itu.
“Pelajar juga berpeluang mengadakan gotong royong bersama penduduk kampung termasuk menanam pokok,” katanya.
Dr. Paiman berkata, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan termasuk majlis kenduri cukur jambul dan berendoi, sukaneka, mendaki Bukit Ungku Busu dan mengadakan motivasi pelajar kepada pelajar sekolah rendah.
Menurutnya lagi, pelajar turut berpeluang beramah mesra dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang hadir pada majlis ‘Malam Sejuta Kenangan’ pada hari terakhir program.
“Kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Pejabat Menteri Besar Perak, Aquamarine Sdn. Bhd, Majlis Agama Islam Perak, dan JKKK Kg Padang Tembak/Teluk Muruh telah melancarkan perjalanan program ini dan sekaligus dapai mencapai objektif yang telah disasarkan,” katanya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |