Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
100 pelajar PASP sertai Program Gotong Royong Perdana di Taman Sri Sentosa.
[UPM News]
Abstract
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Seramai 100 pelajar Persatuan Asasi Sains Pertanian (PASP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai program Gotong Royong Perdana untuk membersihkan kawasan persekitaran kediaman Taman Sri Sentosa.
Dalam program itu, pelajar PASP menanggalkan bunting dan banner haram, mencantas dan menebang dahan pokok, mengecat bahu jalan, mencuci longkang dan parit.
Mereka turut mengumpul dan membuang bahan lusuh dan perabot lama, memusnahkan tempat pembiakan tikus dan haiwan perosak lain di kawasan penjaja serta menanam pokok.
Naib Presiden PASP, Norafika Idris berkata program kemasyarakatan itu terbahagi kepada 9 zon dimana pelajar UPM membersihkan zon G.
“Sebelum ini kami telah menyertai program banjir bagi membantu melaksanakan kerja kebajikan membantu kerja pembersihan penduduk di Johor,” katanya.
Seorang lagi pelajar PASP, Ahmad Fahmi Yusoff berkata beliau meraih pengalaman yang berbeza berbanding program lain yang disertainya sebelum ini.
“Aktiviti pembersihan kali ini lebih mencabar kerana kawasan ini merupakan kawasan penjaja pasar. Sebelum ini kami sering menyertai aktiviti kemasyarakatan di kawasan kampung,” katanya.
Program dalam kalender Kempen kebersihan Kuala Lumpur 2011 itu turut disertai penduduk Taman Sri Sentosa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,parti komponen Barisan Nasional kawasan Lembah Pantai, Alam Flora, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Persatuan Penjaja Pasar Taman Sri Sentosa.
Program itu merupakan program penutup kepada projek mengecat dan baik pulih kerosakan yang siap dilaksanakan pada pertengahan tahun 2011 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |