UPM Institutional Repository

Ke arah penyenggaraan dan pengurusan alatan makmal yang berkesan


Citation

Abas, Fuad and Megat Ahmad, Megat Mohamad Hamdan (1989) Ke arah penyenggaraan dan pengurusan alatan makmal yang berkesan. In: Seminar Penyenggaraan dan Pengurusan Peralatan Makmal, 20-22 June 1989, PPPL, UPM, Serdang. (pp. 1-14).

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan penyenggaraan dan pengurusan alatan makmal terutama dalam bidang kejuruteraan. Bertolak dari kejelasan sempadan kerja maka keperluan untuk melaksanakan tugas dapat dikenal pasti. Keperluan asas yang menonjol ialah tenaga pekerja yang terlatih dan juga latihan yang bersesuaian. Dari pengalaman di Fakulti Kejuruteraan (UPM) adalah didapati perlu ada satu program yang positif bagi menyediakan pekerja terlatih untuk tujuan tersebut. Ini kerana perancangan kerja penyenggaraan perlu dilaksanakan oleh seorang pekerja atau juruteknik yang terlatih dan berpengalaman. Ikutan dari itu maka satu program kerja senggaraan yang meliputi "penyenggaraan cegahan dan pembaikan" perlu disediakan dan dilaksanakan. Satu tinjauan kemudahan latihan yang sedia ada dibentang untuk diambil kira dalam persediaan program latihan tersebut. Satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah latihan bagi alatan yang khusus. Di sini peranan pembekal dan pembuat perlu dikenalpasti dan dirancangkan usaha kerjasama. Pengalaman yang didapati oleh pekerja yang terlatih harus disalurkan ke arah mewujudkan kebolehan merekabentuk dan membuat alatan sendiri yang mudah. Kejayaan bergantung kepada sokongan semua pihak dan usaha yang berterusan dan terencana.


Download File

[img] PDF
ID 18067.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (409kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Chemical engineering - Equipment and supplies
Subject: Laboratories - Management
Subject: Laboratories - Maintenance and repair
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 04 Jul 2012 11:30
Last Modified: 20 Nov 2014 00:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18067
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item