Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
Tuanku Canselor lancar Wakaf Ilmu UPM.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 19 Ogos – Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan Wakaf Ilmu UPM serta menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar yatim, asnaf dan saudara baharu di sini.
Wakaf Ilmu UPM bagi memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.
Pengerusi Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa menghadap Sultan Sharafuddin melalui acara simbolik menyembahkan surat kelulusan Wakaf Ilmu UPM.
Sementara itu, seramai 162 pelajar yang menerima sumbangan terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Sekolah Kebangsaan Serdang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang, Sekolah Menengah Sri Indah dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Baginda selaku Canselor UPM menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 3,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.
Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali turut menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2010 berjumlah RM87,950.35 kepada Sultan Selangor.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim, Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Arifin dan Tan Sri Dato’ Rozali Ismail.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |