UPM Institutional Repository

International Seminar On Risk Management & ISO 31000 tingkat kesedaran pengurusan risiko


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) International Seminar On Risk Management & ISO 31000 tingkat kesedaran pengurusan risiko. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 21 Jun – Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama UPM Education & Training Sdn. Bhd. menganjurkan International Seminar On OSH Risk Management and ISO 31000 untuk meningkatkan kesedaran pengurusan risiko dalam organisasi. Pengerusi seminar, Dr. Shamsul Bahri Mohd Tamrin berkata peserta seminar akan didedahkan pelbagai senario semasa dan strategi berkenaan pengurusan risiko di Malaysia serta Standard Antarabangsa ISO 31000: Pengurusan Risiko Dalam Organisasi. “Objektif seminar ini adalah untuk memperkenal dan mempromosikan Standard Antarabangsa ISO 3100 : Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dalam organisasi agar pekerja dapat bekerja dengan selesa, sihat dan selamat. “Peserta akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman risiko di Malaysia dan membentangkan aspek penting untuk mengurang atau menghapuskan risiko dalam keselamatan dan kesihatan pekerja di persekitaran tempat kerja,” katanya yang juga pensyarah kanan Unit Perubatan Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran, Jabatan Komuniti FPSK. Menurut Dr. Shamsul aspek penting dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah pengurusan risiko pekerjaan. Sekiranya risiko pekerjaan itu dapat dihapuskan ataupun dikurangkan, maka kejadian kemalangan dan risiko penyakit pekerjaan dapat dielakkan. Katanya, gabungan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam pelaksanaan tindakan pencegahan dan perlindungan di tempat kerja terbukti penting berdasarkan pembentangan penceramah seminar untuk membaiki keadaan dan persekitaran kerja. “Ianya dapat mengurangkan bahaya dan risiko, jumlah kemalangan, penyakit dan masalah lain yang berkaitan pekerjaan, merendahkan ketidakhadiran (absenteeisme) dalam kalangan pekerja serta meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja para pekerja,” katanya. Antara tajuk yang disampaikan dalam seminar itu ialah Safety and Health Transportation Industry, Scenario of Risk Management in Malaysia, Latest Risk Management Standard and ISO 31000, Risk and Emergency Management, Risk Management in Oil & Gas Industry dan Risk Management: Environmental Health Perspective. Seramai 196 peserta yang terdiri daripada syarikat industri, jabatan kerajaan dan swasta telah menyertai seminar yang disampaikan oleh enam penceramah berpengalaman dalam pengurusan risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Turut hadir pada seminar itu ialah Naib Canselor UPM, Dato’ Ir Dr. Radin Umar Radin Sohadi yang menyampaikan ceramah pertama bertajuk Safety and Health in Transportation Industry.


Download File

[img]
Preview
PDF
International_Seminar_on_Risk_Management.pdf

Download (87kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 05:36
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18057
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item