UPM Institutional Repository

Atlet hoki UPM manfaat perlawanan menentang Imperial College London


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Atlet hoki UPM manfaat perlawanan menentang Imperial College London. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 4 Julai – Perlawanan persahabatan antara pasukan hoki Universiti Putra Malaysia (UPM) menentang Imperial College London akan menjadi medan persediaan buat skuad hoki UPM kategori wanita untuk beraksi di dalam Kejohanan Sukan Malaysia-Indonesia (SUKMALINDO) pada 24 hingga 27 Julai nanti. Jurulatih pasukan hoki UPM, Wan Zaharuddin Wan Abdullah berkata pasukannya amat bertuah kerana berpeluang bertemu pasukan hoki dari Imperial College London bagi persiapan menentang Indonesia. “Seramai 10 orang atlet hoki wanita UPM akan dihantar untuk beraksi di dalam kejohanan yang akan diadakan di Jogjakarta itu nanti,” katanya. Pada perlawanan tersebut, pasukan hoki UPM lelaki dan wanita berjaya mengalahkan Imperial College London dalam tiga perlawanan di Stadium UPM. Ketua pasukan Imperial College London, Ewan Quince berkata beliau memuji kecekapan pasukan hoki UPM kerana ketangkasan mereka beraksi di dalam perlawanan serta semangat berpasukan yang baik. “Saya berharap agar pasukan hoki UPM akan terus maju ke hadapan dan akan berjaya membawa kemenangan apabila menentang pasukan Indonesia nanti,” katanya. Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew.


Download File

[img]
Preview
PDF
Atlet_hoki_UPM_manfaat_perlawanan_menentang_Imperial_College_London.pdf

Download (223kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 05:15
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18055
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item