UPM Institutional Repository

Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 12 Julai – Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Negeri Selangor 2011 menggesa umat Islam di negara ini supaya lebih sentiasa sensitif terhadap status halal produk harian sepanjang masa dan bukan hanya ketika penyelewengan isu halal didedahkan. Ini kerana kemajuan sains dan teknologi pada masa kini menjadikan proses penghasilan sesuatu produk makanan begitu kompleks dan adakalanya tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin berkata laporan media yang sahih mengenai penemuan sebahagian produk harian yang bermasalah hendaklah dijadikan peringatan bahawa kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap status halal sesuatu produk. “Laporan kes Kluang Railway Station Cofffe baru-baru ini pasti menghairankan kita bagaimana kopi tersebut boleh mengandungi unsur babi. “Hal yang sama juga berlaku kepada minuman jenama Barbican dari timur tengah yang dikatakan halal tetapi masih mengandungi alkohol pada kadar 0.5 peratus sedangkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-22 pada 22 November 1988 menetapkan jumlahnya mestilah tidak melebihi 0.01 peratus,” katanya. Seminar halal anjuran bersama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (IPPJ) yang diadakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam kepada pengguna mengenai konsep halal. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah APEEC, Prof. Madya Lar. Dr. Nordin Abd. Rahman; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Mariam Abdul Latif; Pengurus Besar KFC Marketing Sdn. Bhd, Nasharuddin Shukor dan Pengarah Institut Penyelidikan Halal, UPM, Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man. Pada seminar itu, beberapa kertas kerja berkaitan halal turut dibentangkan antaranya Konsep Halalan Toyyiba dan Hala tuju Pengurusan Halal Negeri Selangor, Peluang Bisnes Bersama KFC dan Ayamas, Produk-Produk Bank Rakyat yang ditawarkan kepada Usahawan IKS, Integriti Halal dari Sudut Perihal Dagangan serta Peranan dan Kepentingan Makmal Analisis dalam Pengesahan Halal. Menurut Marzuki, ancaman sebenar isu halal di Malaysia pada hari ini adalah kelemahan membentuk kesedaran pengguna Islam walaupun mereka merupakan majoriti yang mendominasi permintaan. “Umat Islam masih lagi tidak sedar bahawa jaminan halal adalah hak yang perlu dituntut daripada pengusaha. Sebagai pengguna bijak, sikap mudah bersangka baik dan tidak mengambil berat tentang halal dan haram perlu diubah,” ujarnya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Seminar_halal_APEEC_gesa_umat_Islam_sensitif_status_halal.pdf

Download (81kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 04:20
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18049
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item