UPM Institutional Repository

UPM anjur seminar untuk 350 guru kaunseling tingkat kompetensi


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM anjur seminar untuk 350 guru kaunseling tingkat kompetensi. [UPM News]

Abstract

SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan Seminar Pembangunan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk 350 guru berkenaan pada 26 - 28 Julai 2011 di Dewan Besar, UPM bagi meningkatkan kompetensi mereka. Projek itu berupaya meningkatkan kompetensi guru kaunseling dari sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia dari aspek bimbingan akademik dan kerjaya serta berkongsi pengetahuan untuk memupuk kemahiran insaniah pelajar sekolah. Seminar itu akan menyalurkan pelbagai maklumat terkini berkaitan program akademik peringkat pengajian tinggi, syarat kelayakan, penemuan penyelidikan bidang berkaitan dan memperkukuhkan hubungan antara guru kaunseling dan universiti. Peserta juga boleh meningkatkan keupayaan thinking skill, theory of constraint, expressive approach, soft skill dan human governance untuk membentuk informasi berkesan dan meningkatkan kefahaman terhadap program akademik yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi (IPT). Peserta seminar juga akan dibawa melawat kemahiran pengajaran dan pembelajaran di dalam kampus UPM. Antara tajuk seminar yang akan dibentangkan adalah Pembangunan Profesionalisma Guru Bimbingan dan Kaunseling: Hala Tuju dan Keperluan Kompetesi Guru Bimbingan dan Kaunseling oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Theory of Constraints (TOC:) ”100 Clouds” Module as a Current Approach For Guidance and Counseling, Enhancing School Counselors Professionalism through Human Governance, Pendekatan Seni Ekspresif dalam Kaunseling, Kemahiran Insaniah Asas Kecemerlangan Profesionalisma Guru dan Sekolah: Peluang dan Cabaran.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_anjur_seminar_untuk_350_guru_kaunseling_tingkat_kompetensi.pdf

Download (47kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 04:07
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18047
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item