UPM Institutional Repository

Prestasi butiran 'arang tempurung kelapa sawit' dalam penurasan dua media


Citation

Jusoh, Ahmad and Ghazali, Abdul Halim and Megat Mohd Noor, Megat Johari (1989) Prestasi butiran 'arang tempurung kelapa sawit' dalam penurasan dua media. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Air dan Airsisa, 20-21 June 1989, UTM, Kuala Lumpur. .

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi butiran arang tempurung kelapa sawit dalam penurasan dua media untuk merawat air mentah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu model unit penurasan aliran ke bawah yang dihasilkan oleh tindakan graviti dan dikawal dengan tekanan yang malar. Dua jenis media turasan digunakan, pertama penuras satu media yang terdiri daripada media pasir yang mempunyai saiz efektif, E.S = Ø.5 mm (graviti tentu Gs =2.65 dan pekali keseragaman, U.C = 1.5), dan kedua penuras dua media yang terdiri daripada butiran arang tempurung kelapa sawit yang mempunyai saiz efektif, E.S. = 1.Ø mm ( graviti tentu Gs = 1.4 dan pekali keseragaman, U.C.= 1.5) di lapisan atas dan pasir yang serupa seperti penuras satu media di lapisan bawah. Penurasan air terenap menggunakan penuras satu media dan penuras dua media telah menghasilkan kualiti efluen yang setanding (iaitu kurang daripada Ø.4 NTU). Tetapi penuras dua media yang menggunakan butiran arang tempurung kelapa sawit mempunyai tempoh operasi tiga kali lebih lama daripada penuras satu media. Penuras dua media juga mampu menuras dengan kadar yang lebih laju.


Download File

[img] PDF
ID 17972.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (216kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Oil palm - Utilization.
Subject: Filters and filtration.
Subject: Water treatment plants.
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 08 Feb 2012 02:49
Last Modified: 29 Nov 2019 03:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17972
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item