UPM Institutional Repository

UPM pamer 570 reka cipta, penyelidikan dan inovasi pada PRPI


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM pamer 570 reka cipta, penyelidikan dan inovasi pada PRPI. [UPM News]

Abstract

SERDANG – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mempamerkan sebanyak 570 pameran kepada orang ramai dalam bidang pertanian, makanan, perhutanan dan alam sekitar, kesihatan, sains, teknologi dan kejuruteraan dan sains sosial pada Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2011) pada 19 hingga 21 Julai 2011. Pameran penyelidikan terbesar UPM berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM akan memperkenalkan hasil penyelidikan, inovasi dan reka cipta penyelidik UPM yang boleh dikomersialkan kepada industri dan memberi manfaat kepada masyarakat. PRPI 2011 yang masuk tahun kesembilan itu bertemakan Komersialisasi Inovasi ke Arah Kelestarian Ekonomi dan Kesejahteraan Komuniti menganjurkan pertandingan reka cipta antara sekolah menengah terpilih dari seluruh negara (Mini PRPI), pameran seperti galeri pelbagai jenis robot, pertanian dan ternakan; orkid UPM; herba dan makanan kesihatan, kanser dan kesihatan; teknologi hijau, pendidikan dan sosial sains serta Kumpulan Kreatif dan Inovatif UPM. Pameran itu turut menyediakan lot pameran khas yang memaparkan tema penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R,D & C) produk pertanian, produk vaksin dan nutrisutikal, kanser dan kesihatan dan teknologi hijau. Satu produk yang mewakili setiap lot pameran khas itu bukan sahaja pernah memenangi anugerah tempatan dan antarabangsa tetapi telah dikomersialkan atau dalam peringkat pra-pengkomersialan. PRPI juga mengadakan demonstrasi hasil ciptaan makanan baharu dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan pameran interaktif dari Pusat Sains Negara. PRPI 2011 turut menyediakan lawatan kampus menaiki tram kepada pelawat yang terdiri daripada pelajar sekolah dan industri mengunjungi Pusat Ekuin untuk melihat kuda, ladang ternakan rusa, Putra Dairy Park untuk melihat proses pemerahan susu lembu, Taman Konservatori Institut Biosains untuk melihat pelbagai tumubhan herba, klinik haiwan kesayangan untuk melihat ahli veterinar memberikan tips pemeliharaan dan melawat ke tanaman orkid. Pada majlis itu juga turut dilancarkan buku Contemporary Environmental Quality Management in Malaysia and Selected Countries oleh Fakulti Pengajian Alam Sekitar dan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan United Malacca Berhad dalam pengurusan perladangan kelapa sawit melibatkan dana RM2 juta serta memorandum persefahaman (MoU) antara UPM dan Malaysian Green Technology Corporation (Institut Teknologi Maju). Selain itu PRPI turut melancarkan produk komersil Monogastric Animal Feed oleh Fakulti Pertanian iaitu produk penggalak tumbesaran ayam tanpa menggunakan suntikan. PRPI 2011 yang disertai oleh pensyarah, felo penyelidik, pelajar pasca doktoral, pelajar siswazah dan pegawai penyelidik turut mempertandingkan hasil projek penyelidikan masing-masing. Pameran itu boleh memperkukuhkan hubungan strategik antara UPM dengan kementerian berkaitan selari dengan usaha kerajaan untuk memacu ekonomi berpendapatan tinggi menerusi pemerkasaan sektor pembangunan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang-bidang berkaitan serta meyakinkan pemegang taruh atau pihak industri untuk menyumbangkan dana penyelidikan serta proses pengkomersialan. Maklumat lanjut layari laman web http://u-events.upm.my/prpi


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_pamer_570_reka_cipta,_penyelidikan_dan_inovasi_pada_PRPI.pdf

Download (38kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Aug 2011 03:59
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17946
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item