UPM Institutional Repository

Bimbingan dan penilaian dalam latihan mengajar


Citation

Konting, Mohd. Majid (1985) Bimbingan dan penilaian dalam latihan mengajar. In: Bengkel Kedua Anjuran Jawatankuasa Latihan Mengajar Antara Universiti, 5 Dec. 1985, Bangi, Selangor. .

Abstract

Kepentingan bimbingan dan penilaian ke arah melahirkan guru-guru yang berdedikasi, berkesan dan bertanggungjawab tidak boleh diabaikan. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan bimbingan yang diberi oleh penyelia dan manfaat yang didapati oleh pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini dijalankan ke atas pelatih-pelatih Universiti Pertanian Malaysia yang mengikuti program latihan mengajar pada sesi 1984/85. Instrumen utama kajian ini ialah soal selidik berstruktur yang diberi kepada pelatih. Sebanyak 621 responden yang lengkap dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan yang dijalankan pada sesi ini tidak begitu sempurna dan berkesan jika dibandingkan dengan sesi-sesi yang lalu. Setengah-setengah penyelia (sama ada penyelia pertama atau penyelia kedua yang mempunyai kepakaran yang berbeza dari segi pendidikan dan mata pelajaran) tidak dapat memberi perhatian, perbincangan atau laporan bertulis mencukupi. Fenomena di atas kemungkinan besar berpunca daripada tempoh masa latihan mengajar yang telah terjejas disebabkan oleh aktiviti sekolah seperti ujian penggal, dan cuti awal ramadhan dan hari raya aidilfitri. Bagaimanapun, tempat perbincangan dan kaedah perbincangan yang digunakan adalah bersesuaian menurut pendapat pelatih. Keberkesanan bimbingan juga didapati boleh mempengaruhi penilaian, sementara manfaat yang didapati daripada bimbingan boleh mempengaruhi penilaian. Namun ada sebahagian besar pelatih yang mengatakan bimbingan yang diberi terutama oleh pihak sekolah tidak begitu membimbing atau bermanfaat dalam meningkatkan pengajaran pelatih. Usaha-usaha perlu ditingkatkan agar semua pihak termasuklah pihak sekolah dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam membantu melahirkan bakal-bakal guru yang berdedikasi, berkesan dan bertanggungjawab.


Download File

[img] PDF
ID 17861.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Education - Study and teaching - Malaysia
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 23 Sep 2011 08:26
Last Modified: 21 Jan 2015 02:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17861
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item