Citation
Md. Yunus, Aida Suraya and Konting, Mohd. Majid
(1989)
Alat pengarangan (authoring tools) : satu penyelesaian kepada masalah pemprograman.
In: EDUCOMP '89: Simposium Kebangsaan Komputer dalam Pendidikan, 16 Nov. 1989, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. .
Abstract
Projek 'komputer dalam pendidikan' (KDP) menegaskan kepada penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam bilik darjah. Ini membawa implikasi bahawa guru harus berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengendalian berbantukan komputer. Adalah sukar bagi seorang pakar dalam sains komputer untuk menyediakan perisian kursus yang sesuai untuk pengajaran kerana beliau mungkin kurang aktif tentang pedagogi. Memandangkan guru adalah orang yang lebih mengetahui dan memahami kebolehan, minat dan aspirasi murid, adalah lebih baik jika guru sendiri menyediakan perisian kursus yang sesuai dengan kebolehan dan minat muridnya. Oleh itu perisian yang membolehkan guru menyediakan perisian kursus tanpa memerlukan kepakaran dalam pemprograman sangat diperlukan. Kertas ini akan membincangkan tentang alat pengarangan yang boleh digunakan oleh guru untuk menyediakan perisian kursus yang sesuai tanpa memerlukan kepakaran dalam pemprograman. Di antara alat pengarangan yang akan dibincangkan ialah Linkway, Course of Action dan Hypercard. Dengan adanya pendedahan seperti ini, guru boleh memilih perisian yang sesuai dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |