UPM Institutional Repository

UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 8 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran program pendidikan jarak jauhnya (PJJ) mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pengarah Urusan, UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) , Dr. Abdul Aziz Saharee berkata pemantauan ke atas syarikat yang mengendalikan pusat pembelajaran akan dilakukan secara berterusan oleh Jawatankuasa Kawalan Mutu Program Akademik (Jumpa) bagi memastikan tahap akademik dan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian. “Kami berharap pihak pusat pembelajaran akan terus berusaha menambah baik prasarana di pusat masing-masing demi membina suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis memperbaharui memorandum perjanjian (MoA) yang berakhir pada hujung Februari lalu antara UPMET dengan 12 syarikat yang mengendalikan 15 pusat pembelajaran PJJ UPM di sini baru-baru ini. Antara syarikat yang terlibat dalam MoA itu ialah Lifelong Learning Academy Sdn. Bhd yang mengendalikan Pusat Pembelajaran di Alor Star dan Ipoh, Tapak Intelek Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur dan Shah Alam), Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (Seremban) dan DMDI International Education Sdn. Bhd. (Melaka). Syarikat-syarikat lain ialah Sugeharat Management & Training Services (Johor Baharu dan Kota Kinabalu), Shahputra Education Sdn. Bhd (Kuantan), Leader Tech Management & Services (Kota Baharu), ETP Management Sdn. Bhd (Kuching), KAS Management & Services (Sibu ), KADZ Development Centre Sdn. Bhd (Miri), Gading Tenaga Resources Sdn. Bhd. (Sandakan) dan Syarikat Minda Cemerlang (Tawau). Pada majlis MoA itu, UPM diwakili oleh Dr. Abdul Aziz sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan UPM Holdings, Dr. Husaini Omar, sementara syarikat pusat pembelajaran diwakili oleh pengarah urusan masing-masing. Abdul Aziz berkata, perjanjian itu merupakan kali ketiga dilakukan antara UPM dan pusat pembelajaran PJJ. “Program PJJ UPM telah bermula sejak tahun 1995 dan ia dipertanggungjawabkan di bawah Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (Ideal). Pada 1 Januari 2004, Ideal telah digabungkan dengan Pusat Program Luar dengan menggunakan nama PPL. “Pada Mac 2010, program PPL telah diletakkan di bawah UPMET untuk mengembangkan lagi program PJJ dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efisien,” ujarnya.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_pastikan_program_PJJ_menepati_kualiti_ditetap_KPT.pdf

Download (73kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 23 Jun 2011 10:01
Last Modified: 27 May 2013 07:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17803
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item