Citation
Che Su, Norizan
(2006)
Kata Sapaan Bahasa Melayu Pattani di Thailand.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan dalam kalangan masyarakat Melayu Pattani, di Thailand.
Sampel kajian terdiri daripada 40% keturunan rakyat jelata, 40% keturunan
diraja, dan 40% keturunan ulama. Dua kawasan yang dipilih sebagai lokasi
kajian ialah Tambon Jabang Tiko Ampho Muang (bandar) dan Tambon Tanyong
Luluk Ampho Muang (luar bandar). Objektif kajian adalah untuk menghasilkan
profil kata sapaan bahasa Melayu Pattani, mengumpul kata sapaan bahasa
Melayu asli berdasarkan status, dan kata sapaan kekeluargaan masyarakat
Melayu Pattani di kawasan bandar dan di luar bandar. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan mengumpul kata sapaan bahasa Melayu Pattani yang dipengaruhi
bahasa Thai. Untuk mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan Teori
Sistem Panggilan dalam bahasa Melayu oleh Amat Juhari Moain (1989), diubah
suai daripada Teori Ervin Tripp (1976). Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa
kata sapaan yang lazim digunakan oleh ketiga-tiga keturunan sampel berbeza berdasarkan lokasi dan terdapat juga perbezaan antara kata sapaan bahasa
Melayu Pattani keturunan diraja dengan kata sapaan bahasa Melayu keturunan
diraja di kawasan lain di Asia Tenggara. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati
bahawa kata sapaan yang digunakan untuk merujuk pekerjaan seseorang
dipengaruhi bahasa Thai, terutama di kawasan bandar, iaitu di Jabang Tiko.
Selanjutnya, penyelidik mengemukakan beberapa rajah kata sapaan bahasa
Melayu Pattani asli mengikut keturunan, yang boleh dijadikan rujukan oleh
masyarakat Melayu Thai yang sudah tidak boleh berbahasa Melayu akibat
indoktrinasi pemerintah Thai.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |