UPM Institutional Repository

Tekanan kerja, motivasi dan kepuasan kerja tentera laut Armada Tentera Laut Diraja Malaysia


Citation

Mohd Bokti, Nor Liyana and Abu Talib, Mansor (2010) Tekanan kerja, motivasi dan kepuasan kerja tentera laut Armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 15. pp. 46-62. ISSN 1675-1930

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan perkaitan antara tekanan kerja dan motivasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Tentera laut di Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tambatan Pangkalan Lumut. Sampel kajian melibatkan 120 anggota Tentera laut yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis berkadar daripada tujuh buah kapal TLDM. Alat pengukuran bagi tekanan kerja, motivasi dan kepuasan kerja adalah melalui Quantitative Workload Scale, Task Evaluation Questionnaire dan Job Satisfaction Survey masingmasingnya. Hasil kajian menunjukkan, majoriti responden mempunyai tahap tekanan kerja (88%), motivasi (81%) dan kepuasan kerja (69%) yang sederhana. Selain itu, kajian ini juga mendapati kekerapan menjalani kerja luar mempunyai perkaitan yang signifikan dengan motivasi (r =.273, p≤.01) dan kepuasan kerja (r =.267, p≤.01). Kajian ini juga mendapati terdapat perkaitan antara tekanan kerja (r =-.344, p≤.01) dan motivasi (r =.457, p≤.01) dengan kepuasan kerja. Justeru itu, organisasi harus mempertingkat kesihatan psikologi anggota tentera dan meningkatkan motivasi melalui program penerapan semangat berpasukan selain daripada meningkatkan pengurusan sumber manusia dengan aplikasi Sistem Divisyen(pendekatan kaunseling kelompok). Keadilan dalam hak terhadap faedah sampingan dan penghargaan organisasi akan menjurus kepada kepuasan kerja. Di samping itu, organisasi harus mengurangkan konflik berhubung polisi organisasi dan memberikan kursus-kursus untuk peningkatan prestasi.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Tekanan kerja.pdf

Download (186kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia
Keywords: Job satisfaction; Work stress; Motivation; Royal Malaysian Navy
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 10 Mar 2014 07:48
Last Modified: 26 Aug 2016 08:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16981
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item