Citation
Abstract
‘Sekolah Bestari’ dan ‘Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ merupakan dua program pelopor yang diperkenalkan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk meningkatkan proses pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembekalan perkakasan komputer seperti komputer riba dan projektor LCD ke sekolah–sekolah membuktikan kegigihan KPM dalam menggalakkan penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan guru–guru Sains dan Matematik negara ini. Sehubungan dengan itu, KPM juga merancang untuk memperkenalkan penggunaan teknologi komputer di makmal sekolah. Kajian ini dilakukan untuk meninjau sikap guru–guru sains di Negeri Sembilan terhadap penggunaan teknologi komputer di makmal sains sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa guru–guru bersikap positif terhadap penggunaan teknologi komputer di makmal sains sekolah. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa pengaruh pengalaman mengguna komputer di rumah pada sikap terhadap teknologi komputer bergantung kepada sama ada guru menerima komputer riba atau tidak.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnal...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Educational Studies |
DOI Number: | https://doi.org/10.11113/jt.v48.241 |
Publisher: | Penerbit Universiti Teknologi Malaysia |
Keywords: | Attitudes; Use of computer technology; Science laboratory. |
Depositing User: | Emelda Mohd Hamid |
Date Deposited: | 06 Mar 2014 00:55 |
Last Modified: | 06 Mar 2014 00:55 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.11113/jt.v48.241 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16706 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |