UPM Institutional Repository

Remaja dan budaya lumba haram di Lembah Klang.


Citation

Abdullah, Haslinda and Sarjit Singh Gill, and Ahmad, Nobaya and Ahmad, Zaid and Ghazali, Syamsihana (2009) Remaja dan budaya lumba haram di Lembah Klang. Malaysian Journal of Youth Studies, 1. pp. 165-178. ISSN 2180-1649

Abstract

Kajian ini memfokus kepada persoalan latarbelakang sosio-psikologi Mat Rempit dan memahami faktor-faktor social dan psikologi menyumbang kepada fenomena ini di kalangan golongan belia. Pengumpulan data menggunakan kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus yang melibatkan dua kumpulan Mat Rempit yang aktif dalam perlumbaan haram di Lembah Klang. Seramai 13 orang informan Mat Rempit telah dipilih dengan menggunakan teknik snowballing. Objektif Perbincangan Kumpulan Berfokus ini adalah untuk memperolehi maklumat awal berkaitan aspek demografik, soisal dan psikologi Mat Rempit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keluarga dan rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah Mat Rempit di kalangan belia di Malaysia. Perubahan nilai dalam corak asuhan keluarga hari ini di mana ibu bapa tidak lagi memainkan peranan utama dalam mencorak kehidupan anak-anak turut menjadi faktor yang mendorong berlakunya masalah ini. Kepincangan dalam institusi keluarga mendorong golongan belia ini mencari keseronokan bersama rakan sebaya. Rakan sebaya yang lebih memahami, menerima diri seadanya dan mempunyai pemikiran yang sama menjadikan individu ini lebih dihargai dan berasa tidak tersisih. Ini menyebabkan individu ini lebih selesa untuk berkongsi masalah dan pandangan dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa. Justeru, adalah wajar kita memahami isu social ini terutamanya dari aspek psikologi dan hubungan sosialisasi dengan ibu bapa dan rakan sebaya bagi menghalang fenomena ini dari merebak dan menjadi gejala yang menyumbang kepada masalah social di kalangan belia hari ini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Remaja dan budaya lumba haram di Lembah Klang.pdf

Download (85kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Illegal; Racing; Values; Family; Peer.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 06 Mar 2014 02:21
Last Modified: 16 Nov 2015 02:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16511
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item