UPM Institutional Repository

Refleksi pembangunan sosiobudaya dalam novel-novel pilihan: apa kata remaja?.


Citation

Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2010) Refleksi pembangunan sosiobudaya dalam novel-novel pilihan: apa kata remaja?. Jurnal ASWARA, 5 (2 ). pp. 97-119. ISSN 1985-2606

Abstract

Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan tentang kritikan sastera remaja. Kelompok yang berminat dengan sastera remaja diperkatakan, memperlihatkan jumlah yang sedikit. Persoalan kedudukan sastera remaja dalam perkembangan sastera di Malaysia menjadi tanda tanya sedangkan karya sastera remaja termasuk novel remaja mampu merangsang minda remaja. Kepelbagaian unsur yang terkandung di dalamnya mampu membawa kepada transformasi sosial dalam kehidupan dunia remaja. Namun apakah penyerapan mesej yang disampaikan oleh pengarang tersebut difahami dan sampai kepada khalayak remaja?Justeru dalam kajian ini pengkaji mengambil kira pendapat 100 orang remaja yang diambil secara rawak untuk mendengar pandangan dan persepsi mereka terhadap unsur pembangunan sosiobudaya yang terterap dalam 20 buah novel remaja yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Refleksi pembangunan sosiobudaya dalam novel.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Young adult literature, Malay - History and criticism
Subject: Malay literature - Malaysia - History and criticism
Subject: Community development - Malaysia
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Keywords: Sastera; Remaja; Pembangunan sosiobudaya; Persepsi
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 22 Feb 2012 00:43
Last Modified: 16 Dec 2015 06:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16470
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item