UPM Institutional Repository

Penyelesaian persamaan pembezaan biasa kaku menggunakan kaedah blok formulasi beza ke belakang.


Citation

Ibrahim, Zarina Bibi and Suleiman, Mohamed and Othman, Khairil Iskandar (2009) Penyelesaian persamaan pembezaan biasa kaku menggunakan kaedah blok formulasi beza ke belakang. Matematika, 25 (1). pp. 9-14. ISSN 0127-8274

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan kaedah Blok Formulasi Beza Ke Belakang (BFBB) bagi menyelesaikan persamaan pembezaan biasa (PPB) jenis kaku. Umumnya, persamaan jenis kaku diselesaikan dengan kaedah tersirat yang melibatkan lelaran Newton yang mengambil masa pengiraan yang panjang. Dengan yang demikian, suatu kaedah blok dua titik menggunakan saiz langkah berubah dibangunkan berdasarkan Formulasi Beza Ke Belakang (FBB). Sebelum ini pengiraan beza pembahagi yang berulangkali dan rumit dilakukan pada setiap langkah dalam pengiraan pekali pembezaan,tetapi dalam kod yang dibangunkan, pengiraan pekali pembezaan hanya dilakukan pada langkah awal sahaja. Dipaparkan perbandingan keputusan berangka antara BFBB dan FBB yang menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan masa pengiraan dan kejituan penyelesaian yang lebih baik apabila kaedah BFBB di gunakan dalam menyelesaikan masalah nilai awal PPB kaku.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Penyelesaian persamaan pembezaan biasa kaku menggunakan kaedah blok formulasi beza ke belakang.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Science
Publisher: Universiti Teknologi Malaysia
Keywords: Blok; Kaku; Formulasi beza ke belakang.
Depositing User: Najwani Amir Sariffudin
Date Deposited: 22 Aug 2013 02:39
Last Modified: 30 Sep 2015 01:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16099
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item