Citation
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan kaedah Blok Formulasi Beza Ke Belakang (BFBB) bagi menyelesaikan persamaan pembezaan biasa (PPB) jenis kaku. Umumnya, persamaan jenis kaku diselesaikan dengan kaedah tersirat yang melibatkan lelaran Newton yang mengambil masa pengiraan yang panjang. Dengan yang demikian, suatu kaedah blok dua titik menggunakan saiz langkah berubah dibangunkan berdasarkan Formulasi Beza Ke Belakang (FBB). Sebelum ini pengiraan beza pembahagi yang berulangkali dan rumit dilakukan pada setiap langkah dalam pengiraan pekali pembezaan,tetapi dalam kod yang dibangunkan, pengiraan pekali pembezaan hanya dilakukan pada langkah awal sahaja. Dipaparkan perbandingan keputusan berangka antara BFBB dan FBB yang menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan masa pengiraan dan kejituan penyelesaian yang lebih baik apabila kaedah BFBB di gunakan dalam menyelesaikan masalah nilai awal PPB kaku.
Download File
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Science |
Publisher: | Universiti Teknologi Malaysia |
Keywords: | Blok; Kaku; Formulasi beza ke belakang. |
Depositing User: | Najwani Amir Sariffudin |
Date Deposited: | 22 Aug 2013 02:39 |
Last Modified: | 30 Sep 2015 01:04 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16099 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |