UPM Institutional Repository

Penterjemahan istilah biologi : perbandingan tiga dekad.


Citation

Mohamad, Hasnah (2009) Penterjemahan istilah biologi : perbandingan tiga dekad. Jurnal Bahasa, 9 (2). pp. 173-188. ISSN 1511-9084

Abstract

Artikel ini membincangkan perubahan istilah biologi dalam tempoh tiga dekad (1960-an, 1980-an, 1990-an). Kajian tertumpu pada istilah biologi yang merupakan istilah terjemahan dan pinjaman kerana bidang biologi merupakan bidang yang diimport dari negara luar, justeru memerlukan peminjaman konsep dalam bidang berkenaan. Kajian ini bertujuan mengkaji kewujudan pola tertentu dalam pembentukan istilah pada tiga dekad yang berlainan. Kajian ini turut menyelisik sikap bahasa masyarakat terhadap istilah bahasa Melayu. Kaedah analisis teks buku istilah dan Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digunakan dalam kajian ini. Data yang dianalisis ialah Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian (1968), Istilah Biologi (1988), dan Pangkalan Data Korpus DBP. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahun 1968 hingga 1988 lebih 80 peratus istilah yang dikaji telah mengalami perubahan dan perubahan tersebut dihuraikan dalam lima kategori. Selepas tempoh tersebut, iaitu dekad 1990-an, kajian mendapati hanya lima peratus istilah yang mengalami perubahan. Fakto-faktor yang menyebabkan perubahan istilah tersebut juga telah dikenal pasti. Kajian juga menunjukkan sikap positif masyaraka terhadap istilah yang dihasilkan digambarkan melalui penerimaan dan penggunaan istilah tersebut dalam bahan terbitan buku dan akhbar. Selain itu, pola penggunaan istilah yang berbeza dalam tempoh yang dikaji telah berjaya dikenal pasti.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penterjemahan istilah biologi.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Terminology; Biology.
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 11 Feb 2014 07:11
Last Modified: 22 Oct 2015 01:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16097
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item