Citation
Abstract
Tujuan utama artikel ini adalah untuk meninjau fenomena bagaimana seseorang penjaga (anak dewasa) mengahrungi pengalaman dan mengurus aktiviti harian dalam menjaga ibu bapa tua, keluarga dan kerjaya serta bagaimanakah mereka memenuhi tuntutan agama Islam dalam menjaga ibu bapa tua. Kajian kes berasaskan pendekatan fenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Informan adalah anak dewasa yang menjaga ibu bapa yang berumur lebih 60 tahun, berbangsa Melayu, dengan status sosioekonomi rendah serta tinggal di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur selain mempunyai keluarga sendiri. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua pengalaman utama dalam kalangan anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua, iaitu pra pengalaman dan pengalaman sebenar. Dalam melalui pengalaman penjagaan ini, informan memikul tanggungjawab penjagaan (membalas budi, dedikasi, komited, bertolak ansur dan berkongsi masalah); pengetahuan logikal (muhasabah diri dan timbal balik) dan kerana bantuan tangible (bantuan kewangan dan hubungan dengan anak perempuan) dan bukan tangible (mengemas rumah, memasak dan menjaga perasaan ibu bapa tua). Artikel ini merumuskan bahawa seorang anak dewasa yang ingin menjaga ibu bapa tua perlu bermula dengan bertawakal (memperhitungkan kekuatan dan kemampuan seseorang individu terlebih dahulu sebelum mengerjakan sesuatu perkara) dan berakhir dengan tabah hati, sabar dan redha mengarungi masalah dan cabaran dalam menjaga ibu bapa mereka.
Download File
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/540
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Educational Studies Faculty of Human Ecology |
Publisher: | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia |
Keywords: | Experience; Caring responsibility; Aged parents; Adult child; Reciporcal assisstance |
Depositing User: | Emelda Mohd Hamid |
Date Deposited: | 03 Apr 2014 02:37 |
Last Modified: | 23 Aug 2017 05:31 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16074 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |