Citation
Mohd Noah, Sidek and Abdul Karim, Abdul Malek and Wan Jaafar, Wan Marzuki and Abdullah, Nabilah and Ghazali, Munirah and Borhan, Lihanna and Othman, Joharry and Harun, Mohd Taib and Ibrahim, Sapon and Salamuddin, Norlena and Abdul Rahman, Abdul Malek and Ahmad, Jamaludin and Sulaiman, Tajularipin and Mohamed, Zulkifli and Ab. Hadi, Mohd Yusop and Syed Mansor, Syed Mohamed Shafeq
(2008)
Pendekatan P-P FIT dalam proses pemilihan calon guru di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.
Malaysian Education Deans' Council Journal, 16.
pp. 1-13.
ISSN 1985-546X
Abstract
Pemilihan bidang kerjaya khususnya dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks ketika ini ekoran terdapatnya kebolehan manusia yang pelbagai dan keperluan pelajar yang begitu kritikal selaras dengan ciri pembangunan dan pembentukan insan yang berdaya saing. Pemilihan kerjaya sesuai merupakan salah satu permasalahan terbesar remaja di Malaysia. Masalah ini meliputi masalah dalam membuat keputusan sama ada ingin menceburkan diri dalam kerjaya keguruan ataupun tidak. Amalan pemilihan sedia ada calon untuk kemasukan ke program keguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan pilihan pelajar. Walaupun pencapaian akademik dan ko-kurikulum pelajar memenuhi syarat, namun pilihan yang dibuat oleh pelajar berkemungkinan tidak tepat dengan personaliti, minat, nilai, dan potensi sebenar diri mereka. Keadaan ini boleh membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan dalam pengajian, kekecewaan, pertukaran program dan penarikan diri daripada program pengajian berkenaan. Ketidakselarasan antara aspek personaliti dan minat merupakan pembaziran modal insan yang berpotensi. Keadaan ini juga merugikan universiti yang telah banyak menghabiskan masa untuk melatih pelajar. Sehubungan itu ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) yang dibangunkan berasaskan Personality-Programme Fit (P-P Fit) diharapkan dapat mengatasi permasalahan ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |