Citation
Surat, Mastor and Mohd Tahir, Mazlan and Usman, Ismar Minang Satotoy and Johar, Suhana and Utaberta, Nangkula
(2017)
Wacana dan pemikiran rekabentuk masjid.
Journal of Design + Built, 10.
pp. 57-70.
ISSN 1985-6881
Abstract
Tulisan ini membentangkan pengenalan dan membincangkan beberapa persoalan tentang pemikiran rekabentuk masjid. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk memberi maklumat latar bagi memahami dengan lebih jelas berkenaan kedudukan kajian ke atas masjid warisan Melayu. Tulisan ini mempunyai empat bahagian utama. Bahagian pertama menyingkap makna atau pengertian masjid dalam budaya Islam. Bahagian kedua membentangkan sebab-sebab yang mempengaruhi rekabentuk senibina sesebuah bangunan supaya mereka yang tidak mendapat pendidikan secara langsung tentang senibina dapat mengetahui punca sebenar kebanyakan rupabentuk senibina sesuatu bangunan yang seringkali difikirkan sebagai buah fikiran atau karya arkitek semata-mata. Bahagian ketiga membentangkan wacana senibina masjid dari sudut pendekatan rekabentuk dan bahagian keempat dan terakhir membentangkan wacana khusus mengenai masjid warisan di Alam Melayu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |