Citation
Lapasau, Merry and Othman, Arbak
(2008)
Neologisme : aspek linguistik kata baharu bahasa Jerman dalam perbandingan dengan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Jurnal Bahasa, 8 (2).
pp. 263-294.
ISSN 1511-9084
Abstract
Neologisme ialah kata atau istilah yang baru direka dengan tujuan utama untuk penamaan sesuatu benda rekaan baharu, konsep baharu atau fenomena baharu yang berlaku dalam masyarakat. Neologisme muncul dalam negara-negara tertentu dengan budaya dan teknologi yang berkembang, dan mempunyai kemudahan dalam penyebaran maklumat. Neologisme disebar luas melalui media massa dan media elektronik seperti surat khabar, Internet, televisyen, melalui penyebaran langsung seperti pidato politik atau seminar akademik. Jika digunakan secara berkala dan diterima oleh masyarakat pengguna, neologisme dapat menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa masyarakat tersebut dan diterima masuk ke dalam entri kamus; atau sebaliknya dilupakan sahaja atau menghilang kerana tidak ada atau kurangnya penerimaan daripada pengguna bahasa. Ada beberapa faktor penting yang menentukan sama ada sesuatu neologisme dapat bertahan dan menjadi bahagian baharu dalam suatu bahasa seperti penerimaan masyarakat, penerimaan pakar linguistik, dan jika kata baharu masuk ke dalam entri kamus. Hal-hal yang akan dibicarakan dalam makalah ini ialah perbandingan neologisme bahasa Jerman dan bahasa Melayu dengan memberi tumpuan pada pembicaraan jenis dan bentuk neologisme, pembentukan neologisme, nilai pragmatik neologisme, sumber neologistne, dan masalah linguistik yang berkaitan dengan penggunaan neologisme seperti leksikalisasi dan penterjemahan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |