UPM Institutional Repository

Strategi membaca puisi Arab moden: kajian berasaskan gender pembaca


Citation

Mustapha, Nik Farhan and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah and Ismail, Muhd Zulkifli (2019) Strategi membaca puisi Arab moden: kajian berasaskan gender pembaca. Jurnal Linguistik, 23 (1). pp. 16-25. ISSN 1823-9242

Abstract

Pembelajaran sastera Arab yang ditawarkan di beberapa Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia sebagai satu pengkhususan menuntut pelajar membaca dan memahami pelbagai bentuk puisi, sama ada puisi pada era Jahiliyah, Umayyah, Abbasiyah mahupun Puisi Moden. Dalam proses pembacaan dan pemahaman puisi ini, kajian lepas telah membuktikan bahawa para pelajar menggunakan pelbagai jenis strategi, dan penggunaan strategi ini mempunyai kaitan dengan gender pembaca. Oleh itu, kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini cuba mengenalpasti strategi membaca puisi Arab dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Responden terdiri daripada 119 orang pelajar yang mendaftar kursus sastera Arab di tiga (3) buah IPTA di Malaysia. Mereka diminta untuk menjawab soal selidik setelah membaca satu (1) teks puisi Arab Moden. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi berdasarkan lima (5) jenis strategi; iaitu metakognitif, kognitif, memori, tampungan, dan afektif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kerap menggunakan strategi semasa membaca teks puisi Arab Moden khususnya strategi tampungan, kognitif dan afektif. Kajian juga mendapati bahawa pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi tampungan berbanding pelajar lelaki sedangkan kajian-kajian sebelum ini yang merekodkan pelajar perempuan lebih cenderung menggunakan strategi memori.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Strategi membaca puisi Arab moden kajian berasaskan gender pembaca.pdf

Download (34kB) | Preview
Official URL or Download Paper: https://jurnal.plm.org.my/?page_id=274

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Arabic language; Reading strategy; Arabic literature; Modern Arabic poetry; Gender
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 08:38
Last Modified: 07 Oct 2019 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15772
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item