Citation
Che Omar, Rozita and Mansor, Nor Shahila
(2019)
Komunikasi mediasi komputer secara sinkronus (KMK-S) dalam proses pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing.
Jurnal Linguistik, 23 (1).
pp. 41-50.
ISSN 1823-9242
Abstract
Interaksi secara autentik dalam bahasa sasaran merupakan salah satu elemen penting dalam proses pembelajaran bahasa asing. Namun demikian pelajar di Malaysia mempunyai peluang yang amat terhad untuk berinteraksi dalam bahasa asing yang dipelajari. Komunikasi Mediasi Komputer secara sinkronus (KMK-S) dijangka dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi secara semulajadi dengan penutur natif di samping meningkatkan kemahiran interaktif mereka. Tujuannya adalah untuk mengalakkan kecekapan linguistik dan pragmatik mereka. Selain itu, program laman sembang khususnya dapat membantu pelajar untuk berinteraksi dengan penutur natif seperti keadaan sebenar bagaimana bahasa itu digunakan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan KMK-S dalam pembelajaran bahasa Sepanyol. Selain itu kajian ini akan menjelaskan apakah manfaat pedagogi terhadap penggunaan KMK-S dalam pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing. Percantuman KMK-S dalam pembelajaran bahasa Sepanyol diharapkan dapat meningkatkan pendedahan dan penggunaan bahasa ini kepada pelajar.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Komunikasi mediasi komputer secara sinkronus (KMK-S) dalam proses pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing.pdf
Download (35kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |