Citation
Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Kamarudin, Kamariah and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah and Yaakob, Nor Azuwan
(2019)
Bahasa media sosial hari ini memisahkan Generasi X dan Y.
Jurnal Linguistik, 23 (1).
pp. 58-69.
ISSN 1823-9242
Abstract
Penggunaan bahasa media sosial dalam komunikasi hari ini dikatakan telah memisahkan Generasi X dan Y. Generasi X lebih tertarik menggunakan e-mel dan surat. Justeru Generasi X memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dari segi tatabahasa dan ejaan. Sebaliknya Generasi Y yang lebih cenderung berkomunikasi menggunakan teks mesej dan WhatsApp lebih cenderung menggunakan bahasa yang ringkas, bercampur aduk, bersifat peribadi dan adakalanya salah dari segi tatabahasa dan ejaan. Justeru, makalah ini dihasilkan untuk membincangkan sejauh manakah bahasa media sosial dikatakan memisahkan memisahkan Generasi X dan Y dalam komunikasi dan menjelaskan faktor yang menyebabkan jurang komunikasi antara Generasi Y dan X. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan bahasa media sosial yang berbeza telah memisahkan Generasi X dan Y. Generasi X cenderung menggunakan metafora dan bahasa yang ada unsur humor, sebaliknya Generasi Y memperlihatkan penggunaan bahasa singkatan dan lambang emoji. Kecenderungan Generasi Y menggunakan bahasa media sosial dalam komunikasi lisan dan tulisan ini telah menimbulkan jurang dalam komunikasi antara Generasi Y dan X di institusi dan di tempat kerja. Jurang komunikasi antara Generasi Y dan X ini perlulah ditangani untuk merapatkan jurang komunikasi serta mengatasi masalah krisis identiti yang mungkin berlaku dalam kalangan generasi muda di tempat kerja.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |