UPM Institutional Repository

Sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia


Citation

Abdullah, Muhammad Alif Redzuan and Hussin, Sanimah (2019) Sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Linguistik, 23 (1). pp. 51-57. ISSN 1823-9242

Abstract

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terus menjadi wahana kepada dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun dalam menghadapi arus globalisasi yang tidak mengenal sempadan yang penghuninya terdiri daripada generasi x, y, z dan generasi I atau Generasi Net atau Net Gen. Peranan pensyarah juga berubah daripada sumber pengetahuan dan rujukan pelajar menjadi fasilitator. Namun demikian, inibukan bermakna pensyarah boleh digantikan dengan aplikasi teknologi maklumat dan teknologi (ICT) kerana peranan pensyarah diperlukan untuk membimbing pelajar berkenaan kaedah belajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun. Antara aplikasi Web 2.0 yang dipilih ialah penggunaan Edmodo, YouTube, Kahoot dan PutraBlast. Seramai 100 orang pelajar bahasa Jepun Asas Tahap 1 Universiti Putra Malaysia dijadikan sampel kajian. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah soal selidik, temubual dan pemerhatian. Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 digunakan sebagai alat untuk analisis statistik deskriptif untuk menganalisis data. Dapatan menunjukkan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantuan mengajar dalam kalangan sampel kajian memberi kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia.pdf

Download (38kB) | Preview
Official URL or Download Paper: https://jurnal.plm.org.my/?page_id=274

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Centre for the Advancement of Language Competence
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Perception; Attitude; Usage; Web 2.0 application; Teaching and learning; Japanese
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 08:33
Last Modified: 07 Oct 2019 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15655
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item