UPM Institutional Repository

Kompetensi pembangunan sumberdaya manusia dan pemindahan teknologi dan kaitannya dengan prestasi kerja agen pendidikan pengembangan


Citation

M. Sail, Rahim (2010) Kompetensi pembangunan sumberdaya manusia dan pemindahan teknologi dan kaitannya dengan prestasi kerja agen pendidikan pengembangan. Akademika, 79. pp. 127-137. ISSN 0126-5008

Abstract

Kajian ini adalah berlandaskan model ‘airbatu’ (iceberg model) Spencer dan Spencer (1993) yang menyatakan kompetensi ‘nampak’ atau di ‘permukaan’ sahaja yang digunakan bagi mengukur kompetensi dan prestasi agen pendidikan pengembangan. Kompetensi yang dimaksudkan adalah kompetensi pembangunan sumberdaya manusia (PSM) dan kompetensi pemindahan teknologi (PT). Melalui kaedah survei borang soal-selidik telah diedarkan kepada 79 orang agen pendidikan pengembangan di sebuah agensi pengembangan di Selangor. Survei telah dijalankan pada bulan September 2008. Pengkaji telah membentuk sendiri borang soal-selidik tersebut dengan menggunakan tiga komponen dalam kompetensi PSM dan tiga komponen dalam kompetensi PT. Hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi kerja agen pendidikan pengembangan berada pada paras rendah dan sederhana, manakala kompetensi responden dalam fungsi PSM dan PT juga adalah pada paras rendah dan sederhana. Namun demikian, responden menyatakan kedua-dua kompetensi ini adalah penting dalam tugas mereka untuk mendayaupayakan klien. Kemahiran menyebarkan maklumat teknologi pertanian dan kemahiran membuat keputusan menerangkan 84.3 peratus varian prestasi kerja agen pendidikan pengembangan. Adalah dicadangkan bahawa agen pendidikan pengembangan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran PSM dan PT melalui latihan berkala agar mereka boleh berfungsi dengan berkesan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kompetensi pembangunan sumberdaya manusia dan pemindahan teknologi dan kaitannya dengan prestasi kerja agen pendidikan pengembangan.pdf

Download (184kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/535

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Competency; Human resource development; Transfer of technology; Job performance; Extension agents
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 06 Mar 2014 02:35
Last Modified: 23 Aug 2017 05:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15401
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item