Citation
Hajimaming, Pabiyah
(2010)
Kesejagatan novel Najib Al-Kilani : satu pengenalan.
Jurnal ASWARA, 5 (1).
pp. 28-37.
ISSN 1985-2606
Abstract
Nama Najeb Mahfed tidak asing lagi bagi peminat novel, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Beliau merupakan pemenang hadiah nobel pada tahun 1998. Keadaan
ini berbeza dengan Najeb Al-Keiene. Walaupun beliau merupakan seorang novelis yang berkebolehan, tetapi beliau tidak dikenali ramai seperti Najeb Mahfed, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru, kajian ini akan cuba mengenengahkan beliau sebagai seorang novelis yang berbakat, di samping mampu mengungkap segala permasalahan yang dialami oleh masyarakat setempat khasnya dan Islam amnya. Dalam hal tersebut beliau menggunakan pendekatan Islam dalam menyelesaikan plot novel. Hal ini diakui sendiri oleh Najeb Mahfed. Najeb Al-Kilani juga adalah seorang yang telah menghasilkan teori sastera Islam dan telah menghasilkan lebih daripada 40 buah novel yang merangkumi semua aspek;sosial, sejarah, ekonomi dan politik. Novel-novel beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, Turki, Urdu, Parsi, Rusia, Cina dan Indonesia. Novel-novel beliau juga telah memenangi beberapa hadiah daripada pelbagai institusi seperti kementerian pendidikan dan pelajaran. Kebolehan beliau tidak sahaja terbatas dalam bidang novel, malah beliau juga banyak menghasilkan cerpen, puisi, drama dan tulisan ilmiah yang berbentuk kritikan dan esei.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |