Citation
Bakhary, Norhana and Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Abd Rani, Mohd Zariat and Husin, Omrah
(2010)
Kesantunan bahasa dalam kata perbilangan adat perpatih: satu tinjauan awal.
Jurnal Linguistik, 11.
pp. 1-20.
ISSN 1823-9242
Abstract
Kata perbilangan adat yang tergolong dalam kategori puisi Melayu lama merupakan hasil sastera tradisi lisan. Kata-kata perbilangan adat juga dikenali sebagai "sastera berfungsi" kerana kata perbilangan adat ini memainkan peranannya dalam menggambarkan corak kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu khususnya masyarakat yang mengamalkan Adat Pepatih. Melalui perbilangan Adat Pepatih telah berjaya memberikan seluruh perjalanan hidup masyarakat pengamalnya termasuklah dalam menyatakan sistem ekonomi, politik dan sosial masyarakat. Oleh itu, penggunaan ungkapan kata-kata perbilangan adat adalah sebagai pelengkap yang mengunci sendi adat agar bertambah kukuh dan kental termasuklah sari aspek kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa ditakrifkan sebagai tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, yang merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang. Justeru objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen kesantunan yang terdapat dalam kata perbilangan Adat Pepatih berdasarkan pendekatan pragmatik menggunakan Model Kesantunan yang dikemukakan oleh Leech (1993).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |