UPM Institutional Repository

Kelompangan dasar belia negara - menyangga potensi belia menerusi pendekatan transformasi konflik.


Citation

Abu Samah, Asnarulkhadi (2009) Kelompangan dasar belia negara - menyangga potensi belia menerusi pendekatan transformasi konflik. Malaysian Journal of Youth Studies, 1. ISSN 2180-1649

Abstract

Gagasan idea melonjakkan lagi martabat belia tersirat rapi dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN). Walaupun sudah melebihi satu dekad usianya sejak diberi nafas baru, dasar ini masih relevan dengan fokus negara yang serius mengurus dan menjana modal insan. Statistik negara menunjukkan bahawa belia boleh menyumbang ke arah pembentukan modal insan. Oleh itu, jika adunan yang sempurna dapat diusahakan antara belia dengan pelbagai program pembangunan seperti yang digariskan oleh dasar, golongan belia mampu menjadi satu tenaga ekonomi, sosial dan politik yang disegani lagi dihormati. Malah, dasar belia yang dibentuk oleh pemerintah mempunyai harapan dan matlamat yang sama. Namun, hakikatnya tidak semua belia bersedia dan mahu seiringan dengan hasrat murni itu. Ada yang ketinggalan, keciciran dan tidak kurang yang menolak sama sekali program yang disediakan dengan memilih cara mereka sendiri bagi menyalurkan tenaga dan potensi diri. Tindakan yang mereka ambil, perilaku dan pekerti yang ditonjolkan dan nilai yang dipegang oleh sebahagian dari belia tersasar dari yang diharapkan oleh dasar. Ertinya, terdapat kelompangan dalam dasar belia itu bilamana sasaran matlamat yang diharapkan tidak sejajar dengan realiti, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sebilangan besar belia seperti yang dibuktikan oleh statistik polis dan lain-lain institusi pengawasan, pencegahan dan pemulihan untuk belia yang ditaja kerajaan. Pada satu sudut yang lain pula dapat di mengertikan bahawa sekumpulan belia ini berada dalam konflik. Mereka berkonflik dengan persekitaran sosial, struktur dan dalam diri sendiri. Untuk membawa kumpulan ini bersama dalam proses pembinaan negara bangsa pada masa tertentu memerlukan pendekatan baru. Pendekatan transformasi konflik mengutarakan cara alternatif melihat, mentafsir dan mengartikulasikan kelemahan atau unsur negatif kepada yang lebih bersifat konstruktif berdasarkan nilai, keyakinan dan ideologi baru membangunkan keupayaan dan potensi manusia.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Kelompangan dasar belia negara.pdf

Download (85kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Youth participation; Conflict transformation; Empowerment; Human capital.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 08 May 2014 04:43
Last Modified: 16 Nov 2015 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15366
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item