Citation
Abd Rani, Mohd Zariat
(2008)
"Karya mithali sastera islam"? satu penilaian kritis terhadap novel TIVI karya Shahnon Ahmad.
Islamiyyat, 30 (1).
pp. 29-55.
ISSN 0216-5636
Abstract
Kajian ini ingin menarik perhatian tentang konsep sastera Islam, dalam konteks kesusasteraan Melayu masa kini. Ini secara khusus merujuk kepada soal pertembungan antara tradisi persuratan Melayu-Islam dengan konsep sastera barat-moden. Pertembungan ini dilihat memberikan implikasi terhadap pemahaman tentang kesusasteraan Islam dalam kesusasteraan Melayu. Bagi merungkaikan permasalahan, kajian ini memilih untuk menjadikan novel T1V1 yang diajukan oleh novelisnya, Shahnon Ahmad sebagai "karya mithali sastera Islam", sebagai bahan kajian. Untuk menganalisis novel tersebut, makalah ini menerapkan kerangka persuratan baru janaan Mohd. Affandi Hassan sebagai kerangka analisis. Sesuai dengan pengertian taklif yang menjadi paksinya, kerangka persuratan barumenawarkan alat penilaian sastera yang berlainan daripada yang lumrah diguna pakai dalam kesusasteraan Melayu masa kini. Berdasarkan idea pokok persuratan baru yang menangani aspek isi aspek bentuk karya secara bersepadu, makalah ini menganalisis novel T1V1, dan seterusnya menilai semula secara kritis label yang dilekatkan ke atasnya. Analisis mendapati bahawa mesej "keislaman"(aspek isi) yang didakwa terkandung dalam novel ini ditenggelami dengan cara penyampaian cerita (aspek bentuk) yang bersifat erotik. Analisis juga mendapati bahawa cara penulisan yang sedemikian turut menjadikan T1V1 sebagai novel "picisan"dan sekaligus menghakis label "Islam" yang diperagakan ke atasnya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |