Citation
Lee, Yok Fee
(2009)
Kajian tentang identiti orang Cina di Malaysia dari segi epistemologi : ulasan.
SARI : Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27 (1).
pp. 167-183.
ISSN 0127-2721; ESSN: 2231-9530
Abstract
Kajian identiti semakin penting kepada negara berbilang kaum, termasuk Malaysia, yang tengah menjalankan projek pembinaan bangsa. Di sini bagaimana orang Cina mengidentifikasikan diri mempunyai kesan besar ke atas isu perpaduan Malaysia kerana besar bilangan mereka dalam komposisi penduduk negara ini. Sehubungan itu, banyak kajian tentang identiti orang Cina telah dilakukan sejak pengajian tentang identiti menjadi aliran di dunia akademik sains sosial Malaysia sejak 1980-an. Tujuan tulisan ini adalah meninjau dan mengulas kajian lepas tentang identiti orang Cina di Malaysia dengan menggunakan konsep epistemologi dengan metodologinya membahagikan mereka kepada kategori mengikut sifat pengetahuan. Kebanyakan kajian itu menganalisis perubahan dan pembentukan identiti orang Cina berdasarkan perubahan tahap pembangunan sosial di Malaysia. Dua kategori tulisan itu telah diidentifikasi dan dibezakan kepada jenis pengetahuan “author-oriented” dan “actor-oriented”.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Kajian tentang identiti orang Cina di Malaysia dari segi epistemologi.pdf
Download (177kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |